Tips Berguna sebelum Renew

1. Bilakah waktu untuk memperbaharui cukai jalan?

ramai yang akan renew roadtax kereta sehari sebelum tamat tempoh, malah ramai juga yang renew road tax selepas tamat tempoh. tapi ramai yang tidak tahu hakikat sebenarnya...

sebenarnya anda boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta 60 hari sebelum tamat tempoh. kira-kira 2 bulan sebelum roadtax mati. ramai yang tidak tahu kerana tidak pernah membaca/membelek geran kenderaan sendiri. sila semak pada geran, bawah sekali bahagian Nota Penting, No. 3.
Lesen kenderaan motor yang sah hendaklah dipamerkan. anda boleh meperbaharui lesen 60 hari sebelum tempohnya tamat.

2. Buat semakkan harga insurans kereta @ perlindungan semasa dengan  ejen takaful atau insurans.

 sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans kereta yang anda ambil supaya tidak diperdaya.

selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.

jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta tetapi semak terlebih dahulu.

4. Jangan over-insured.

tidak perlu guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikutharga insurans kereta semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured.

sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00


6. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.

NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

7. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?

ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

walhal ia tidak benar sama sekali. anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, yang terbaik pilihlah yang islamic.

8. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.

ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trade-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.

Hubungi : 011-26436987